Independent Part Time Blogger

Breaking

Saturday, 29 July 2017

4 Cara Mudah Hilangkan Rasa Mengantuk

4 cara mudah hilangkan rasa mengantuk
Image:pixabay.com


Pernah tak awak rasa mengantuk masa bekerja? Mengantuk betul betul sampai rasa nak landing jer kat mana mana.

Kadangkala perubahan waktu tidur dari kebiasaan membuatkan kita rasa mengantuk sangat. Apalagi kalau masa bekerja mood kerja pun hilang di buatnya.

Jadi kali ni saya nak kongsikan sedikit tips atau cara mudah boleh di lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk kalau kalau ada masanya awak rasa mengantuk sangat sangat masa kerja.

Ini cara biasa yang saya lakukan bila datang harinya saya tidur lewat malamnya dan di serang rasa mengantuk di awal pagi ketika kerja. Lihat cara caranya di bawah..

1- Cuci Muka
Cuci muka biasa di lakukan oleh kebanyakan orang bila rasa mengantuk. Cuci muka dengan air yang dingin akan membuat awak lebih nyaman dan terasa segar.

2- Urut Bahagian Telinga Dan Kepala
Mengurut secara perlahan lahan pada telinga dan bahagian kepala membantu melancarkan peredaran darah. Bila peredaran darah lancar, otot awak akan terasa lebih rileks sekaligus membantu mengurangkan rasa mengantuk.

3- Buat Stretching Atau Senaman Ringan
Buatlah gerakan peregangan pada otot agar tubuhmu akan lebih segar dan mengurangkan rasa malas. Lebih elok jika dapat berlari setempat atau melakukan gerakan naik turun tangga biar peluh keluar dan sehingga detak jantung menjadi lebih cepat. Cara ini amat efektif sekali untuk menghilangkan rasa mengantuk yang berat.

4- Keluar Dan Hiruplah Udara Segar
Keluarlah dari bilik atau ruangan yang tertutup dan pergilah ke tempat yang lebih terbuka. Rasa mengantuk awak mungkin disebabkan kurangnya oksigen dalam otak.Berjalan jalan sebentar sambil menghirup udara yang segar serta melakukan stretching akan membuat tubuh kembali bersemangat.

Nah, itulah 4 cara mudah untuk hilangkan rasa mengantuk yang biasa saya lakukan dan boleh awak amalkan. Jika cara cara ini tidak juga dapat hilangkan rasa mengantuk, cara terakhir sebaiknya cari luang masa untuk tidur sebentar kerana rasa mengantuk masa bekerja boleh menyebabkan kita gagal fokus dan memberi kesan yang tidak bagus kepada apa juga kerja yang kita lakukan.

No comments:

Post a Comment