Independent Part Time Blogger

Breaking

Friday, 28 July 2017

4 Peribadi Hebat Lelaki Ulat Buku

4 peribadi hebat lelaki ulat buku
Tulisan kali ni untuk yang sedang bercinta ni khususnya. Al kisahnya ada kawan wanita tiba tiba bertanya.."Bang, okey tak kalau kawan saya tu ulat buku?"

Berfikir saya sejenak nak jawab soalan tiba tiba dari kawan tu... Tapi sepatutnya kalau nak berkawan atau bercinta tu tak kisahlah kan dia tu ulat buku atau apa pun kan asal yang baik baik. Jangan cari yang ulat bulu dah lah. Merana awak nanti!

Lagipun pada pandangan saya lah..lelaki yang ulat buku ni sebenarnya kalau ikut cara macamana dia minat membaca dan sikapnya yang sukakan buku ni ada banyak sikap baik yang ada pada dirinya yang boleh kita tafsirkan atau kita agak peribadinya.

Kalau di ikut sikapnya yang kuat membaca lelaki ulat buku ni ada beberapa peribadi baik boleh di pertimbangkan untuk di jadikan pasangan antaranya..

1. Memahami Wanita
Lelaki yang suka membaca pasti saja punya sikap yang sabar, tenang dan tidak suka kecoh kecoh. Tentu saja dengan sikap ini dia akan lebih tenang, lebih sabar menghadapi wanita yang maklum ketahui punya sikap yang berbagai ragam.

2. Calon Teman Hidup Yang Baik
Seperti mana membaca buku, lelaki ulat buku tentu memiliki konsep hidup yang teratur. Pasti dia lebih teliti dalam memaklumi atau menghadapi hal apa pun. Jadi boleh di andaikan juga dalam percintaan..pastinya lelaki ulat buku tidak akan mudah mengambil tindakan terburu buru bila timbul sebarang masalah. Dia tentu tidak dengan mudah meninggalkan awak tanpa pasti dan tentu akan berfikir lebih jauh sebelum membuat sebarang keputusan.

3. Orang Yang Tekun Dan Punya Kekuatan Semangat
Banyak membaca pasti bertambah ilmu pengetahuan. Lelaki ulat buku tentu saja seorang yang memiliki pemikiran yang baik, fokus dalam melakukan sesuatu serta memiliki kepercayaan dengan apa yang di lakukannya. Peribadi ini pasti saja mampu menjadikan dia seorang yang sederhana dalam perhubungan dan kesederhanaan inilah yang tentunya menjadikan dia seorang yang lebih terbuka dan matang menempuhi alam percintaan.

4. Selalu Berinovasi
Dengan membaca menjadikan lelaki ulat buku seorang yang lebih terdedah kepada sesuatu yang baru lantas menjadikan dia seorang yang lebih berwawasan dalam hidup. Ia juga menjadikan dia seorang yang sentiasa berinovasi ke arah kehidupan yang terbaik.

Nah! Jadi andai sekarang awak jatuh hati sama si ulat buku..tak ada salahnya jika mempertimbangkan dia jadi calon yang lebih serius. Namun ini sekadar pandangan saya sahaja..hidup awak adalah di tangan awak kan. Bertindak bijak dalam bercinta semoga ianya di permudahkan dan di panjang kan hayat serta berkekalan.

No comments:

Post a Comment