Independent Part Time Blogger

Breaking

Wednesday, 26 July 2017

5 Perkara Buat Suami Tidak Bahagia Dengan Perkahwinan

kamalhalim.com
Sedangkan lidah lagi tergigit... Apalagi kehidupan berumahtangga. Pasti ada fmasanya akan mengalami sesuatu yang membebankan fikiran, merasa tekanan, kecewa dan sedih. Ya, memang lumrah perkahwinan itu tak semestinya sentiasa aman dan bahagia selalu. Pasti ada ketika ujian dan dugaan yang menguji kesabaran masing masing samada isteri mahu pun suami.

Banyak kita dengar kisah tentang isteri yang kecewa dengan suami dan merasa tidak bahagia dengan perkahwinan. Namun hakikat yang mungkin kurang di perhatikan tidak kurang juga suami yang juga kadang merasa kecewa dengan peekahwinan dan sikap isteri.

Jadi,wahai para isteri juga wajib tahu secara umumnya beberapa perkara berikut bakal membuatkan suami anda pasti merasa sedikit sedih,kecil hati dan kecewa dalam perkahwinan.

* Isteri Terlalu Menuntut Dan Mendesak
Memang tanggungjawab suami untuk isteri tapi bila seorang isteri itu sering bersikap terlalu menuntut dan mendesak dalam segala hal seperti menuntut memberi belanja lebih, mendesak minta itu ini, menuntut suami meluangkan masa semua untuknya dan lain lain pasti lama kelamaan akan membuat suami merasa tertekan dan tidak aman dengan tindakan isteri.

* Balik Kerja Terus Minta Buat Itu Ini
Seharian kerja mencari nafkah pasti suami merasa badan dan fikirannya sangat penat. Sambutlah suami dengan mesra,senyuman dan sapaan manis serta biarkan dia menenangkan dirinya. Tapi ini tidak, nampak saja muka suami terus di hujani dengan macam macam pertanyaan,di arah dengan macam macam ragam dan minta suami buat tugas rumah yang seharusnya di selesaikan isteri. Suami yang penat balik kerja di tambah lagi dengan penatnya ragam isteri tentu akan merasa terguris dan kecewa.

* Isteri Terlalu Fokus Hanya Pada Anak Dan Diri Sendiri
Kehadiran anak dalam perkahwinan memang menjadi penyeri dan memberikan kebahagiaan yang tersendiri. Ini juga akan membuatkan seorang isteri menjadi seorang ibu yang pasti menjadi lebih sibuk mengurus anak. Tapi kesibukan mengurus anak pun jangan pula lupa pada suami. Percaya atau tidak suami kadang boleh merasa cemburu bila si isteri lebih mempedulikan anak dan sibuk dengan diri sendiri hingga lupa memperhatikan dirinya.

* Isteri Malas Mengurus Diri
Mengurus kerja rumahtangga dan menjaga anak memang penting tapi isteri jangan pula lupa mengurus penampilan diri terutama di depan suami juga penting. Suami pasti berharap isterinya sentiasa berpenampilan menarik,cantik dan mempersona di depannya. Jika isteri malas menjaga penampilan diri suami tentu juga malas memperhatikan dan mempedulikan isteri.

* Sering Menolak Ajakan Berhubungan Intim
Tak dinafikan kadangkala kesibukan dan kepenatan mengurus rumahtangga akan membuatkan isteri merasa tiada mood dan malas bila suami mengajak bermesra dan berhubungan intim. Namun yang bahayanya jika keadaan ini menjadi kebiasaan si isteri. Pasti suami akan merasa sangat kecewa bila isteri sering menolak ajakannya. Amat penting jika isteri dapat menyediakan diri atau mengatur waktu untuk hubungan intim bersama suami demi hubungan perkahwinan yang mesra dan kekal bahagia.

Demikian beberapa hal umum yang boleh membuatkan seorang suami kecewa dan merasa tidak bahagia dengan perkahwinan. Namun apa yang semestinya amat penting dan menjadi kunci kebahagiaan dalam perkahwinan adalah antara suami dan isteri itu mampu saling memahami, mampu saling bertolak ansur dan saling sentiasa berusaha untuk mencapai kebahagiaan yang di idam idamkan bersama.

No comments:

Post a Comment