Independent Part Time Blogger

Breaking

Thursday, 27 July 2017

Hilangkan Tekanan Kerja? Jom Main Video Game

Bebanan kerja seringkali membuatkan kita mudah tertekan ketika di pejabat. Bila tertekan ni pasti susah untuk kita tumpukan perhatian dan fokus dengan kerja kita. Keadaan ini sudah tentunya memberi kesan buruk terhadap kerjaya kita dan yang paling ditakuti tekanan yang berterusan boleh memberi kesan negatif kepada minda dan tubuh kita.

Jadi bila rasa tertekan di tempat kerja apa harus dibuat? Aa..haa! Jom main video game!

Menurut satu tinjauan yang di lakukan dan di terbitkan dalam 'Human Factors: The Journal of the Human Factors and Ergonomics Society', kesimpulan yang di buat menyatakan pekerja yang mengisi waktu luang dengan hanya berdiam diri akan mudah merasa tidak bersemangat untuk bekerja. Berbanding dengan pekerja yang melakukan sesuatu dan di saran untuk bermain video game kerana menurut peneliti bermain video game boleh menjadi satu cara efektif untuk mengembalikan semangat dan mengimbangi tekanan di tempat kerja.

Apa kata anda? Ada main video game tak? Mesti ada kan.. Apa apa pun yang penting sekali walau macamana sibuk pun, walau macamana pun deadline kerja menghambat.. cari lah sedikit waktu luang untuk beristirehat. Rehatkan minda dan tubuh anda seketika. Mesin dan jentera pun boleh rosak kalau terus menerus berjalan apalagi badan manusia. Betul tak?

No comments:

Post a Comment