Independent Part Time Blogger

Breaking

Thursday, 3 August 2017

Lelaki Hanya Memandang Luaran Wanita. Benarkah?

Lelaki Hanya Memandang Luaran Wanita. Benarkah?
Jika di ajukan tajuk di atas pada lelaki pasti akan muncul berbagai jawapan. Namun secara amnya tak dapat dinafikan jika di kaitkan dengan lumrah kejadian lelaki. Ya, lelaki adalah makhluk visual..jadi tak hairan perkara pertama yang di pandang lelaki adalah segi luaran seseorang wanita.

Namun begitu jangan di salah erti kan. Untuk menjadi pendamping hidup bukan semua lelaki memandang hanya luaran wanita. Ada banyak lagi ciri ciri yang lebih utama di cari lelaki pada seseorang wanita. Antaranya yang biasanya di lihat lelaki untuk memilih wanita pendamping hidupnya adalah..

Serasi
Ini merupakan hal yang paling utama. Sekiranya lelaki merasa serasi dengan seseorang wanita dia pasti tidak peduli walau apapun status wanita itu. Anak gadis atau janda asalkan dia merasa ada keserasian lelaki pasti akan berusaha untuk memiliki seseorang wanita itu.

Kehendak Hati
Bukan wanita saja yang suka mengikut kehendak hati. Lelaki juga sama. Jika seseorang wanita itu sudah sesuai dan kena dengan kehendak hatinya, lelaki tak akan mengharap yang lebih lagi.

Agama
Memang tak di nafikan ini antara yang terpenting. Untuk membina hubungan yang serius sudah tentu lah yang di lihat memiliki kepercayaan agama yang sama. Ini untuk lebih memudahkan dan mengelakkan salah faham yang mungkin akan berlaku kemudian hari.

Akhlak Dan Peribadi
Tak kiralah senakal mana pun lelaki itu pasti yang di carinya untuk menjadi pendamping hidup adalah wanita yang baik baik. Jadi kekurangan luaran seseorang wanita itu sudah tentu akan tertutup dengan sendirinya bila dia memiliki akhlak dan peribadi yang baik.

Sifat
Ini juga memang penting. Lelaki akan mudah tertarik dan jatuh hati dengan seseorang wanita yang mempunyai sifat baik, penyayang dan murah hati. Jika sifat wanita ini sudah di sukai lelaki, rupa luaran dan kecantikan sudah jadi nombor dua. Kecantikan dalaman seseorang wanita itu yang lebih berkuasa menambat hati lelaki.

Jadi inilah antaranya yang lebih di lihat lelaki sebenarnya. Memang pun pada permulaan rupa luaran dan kecantikan yang di pandang tetapi kecantikan hati itu lebih di nilai jika lelaki itu ingin serius dengan seseorang wanita.

1 comment:

  1. Adalah seorang lelaki yang normal memandang rupa paras yang cantik untuk dijadikan teman hidup...namun akan ianya akan berikan jaminan sepanjang hayat untuk terus dimiliki...

    ReplyDelete