Independent Part Time Blogger

Breaking

Thursday, 25 January 2018

3 Cara Simple Hilangkan Stress

www.kamalhalim.com
Stress tidak dinafikan boleh berlaku kepada setiap orang. Stress memang sesuatu yang lazim tak kira siapa pun kita tua muda pelajar pekerja siapa pun boleh kadangkala merasa stress.

Bila stress datang memang akan membuatkan tubuh dan fikiran jadi tertekan. Memang stress tak dapat dihindari, namun selalu ada cara untuk mengatasinya agar tidak berlarutan. Jadi,berikut ini ada cara simple yang boleh dicuba untuk hilangkan stress yang buat mood hilang. Cara ini memang mudah dan dapat dilakukan kurang dari seminit jer. Jom sama sama kita lihat caranya..

1)Cara paling mudah yang boleh dicuba adalah menyanyi. Tak kisahlah suara sedap tak sedap pun..nyanyikan lagu yang kita suka. Nyanyilah betul betul dan nikmati melodi lagu tersebut. Hidup udara dan rilekskan fikiran sambil mendengar lagu kesukaan yang kita nyanyikan sendiri. Dalam waktu singkat saja, mood akan berubah jadi lebih baik.

2)Tontonlah video.Video lucu atau video apapun yang disukai akan membuat perasaan lebih tenang dan fikiran lebih rileks. Apalagi kalau menonton video lucu yang boleh membuat kita tertawa, akan memperbaiki mood yang hancur kerana stress.

3)Makan.Ni mesti semua pun suka kan.. Makanlah makanan yang kita suka. Kunyah dan nikmatilah setiap gigitan makanan kesukaan ini. Rasakan makanan yang enak dan lazat di mulut. Pasti tak terasa, hanya dalam satu minit saja dan mungkin kurang, suasana perasaan kita akan jadi jauh lebih baik. Cara ini memang sangat berkesan, tetapi tak disarankan terlalu kerap dilakukan takut berat badan pula yang bertambah.

Nah, itu lah 3 cara simple untuk hilangkan stress yang boleh kita lakukan. Tak kira lah mana satu yang kita lakukan apa yang penting adalah untuk membuatkan diri kita rasa tenang dan bahagia serta melupakan tekanan yang membuatkan kita stress. Semoga apa yang di nyatakan sedikit sebanyak memberikan manfaat.

No comments:

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Setiap komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen berguna dan lakukan dengan ikhlas.


Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini kadangkala berasal dari berbagai sumber media lain. Hakcipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait, hubungi saya melalui menu contact di atas.