Independent Part Time Blogger

Breaking

Friday, 5 January 2018

5 Sebab Kenapa Seseorang Itu Curang

www.kamalhalim.com
Image:pixabay.com

Memang tak dinafikan sesungguhnya sesuatu yang amat menyakitkan bila seseorang yang kita cintai dan sayangi sepenuh hati ternyata menduakan kita. Pastinya segala rasa percaya yang kita berikan padanya pun hancur sekelip mata.

Lalu hubungan yang kita bina sudah tentu tak akan lagi sama, hilang keharmoniannya dan seterusnya lambat laun akan membawa kepada perpisahan.

Kerana selama bersama kita mempercayainya sudah pasti bila semua ini berlaku kita akan tertanya tanya kenapa pasangan kita boleh menduakan dan curang dengan kita? Iya, kalau mahu di nyatakan yang sebenarnya memang sukar kerana semua orang tak semestinya sama dan pasti alasannya berbagai bagai. Namun, secara umum dari sudut psikologi seseorang itu boleh jadi curang kerana beberapa sebab tertentu. Antaranya seperti 5 sebab umum berikut ini.

1) Faktor Ketagihan
Mengikut apa yang di bincangkan dan di katakan oleh pakar pakar psikologi seseorang individu yang memiliki gangguan dorongan seksual amat mudah untuk berlaku curang.Dia mungkin mengalami masalah dengan emosinya dan menggunakan perlakuan seksualiti sebagai cara untuknya menenangkan emosi dan keadaan psikologinya. Seterusnya ia membawa kepada satu ketagihan untuk berlaku curang demi memenuhi dan memuaskan keinginannya.

2) Menjangkakan Yang Tak Logik
Dia seorang yang kuat menuntut dan memiliki jangkaan yang tinggi pada setiap pasangannya. Boleh dikatakan dia jenis orang yang ego selalu mahukan orang lain agar memenuhi semua keinginannya. Dia jenis yang menganggap diri sendiri merasa yang paling sempurna.

3) Trauma Masa Lalu
Boleh jadi trauma di masa lalu, seperti penderaan seksual atau kekerasan membuatnya jadi seorang yang mudah untuk berlaku curang. Luka dan tekanan jiwa masa lalu yang tak hilang itu menjadi seperti penghalang kepadanya setia pada satu orang. Bahkan walau sudah ada pasangan, dia akan tetap sentiasa mencari yang lain sebagai pelarian dari luka emosi dan psikologinya.

4) Dia Masih Berfikiran Kebudakan
Dia berfikir selagi pasangannya tidak mengetahui kecurangannya dia merasa tidak melukai siapapun. Boleh dianggap masih belum dewasa dan berfikiran kebudakan. Seorang yang cenderung melakukan sesuatu ikut hatinya sendiri.

5) Tak Percaya Diri
Dia mungkin seorang yang merasa ada sesuatu dalam dirinya yang kurang dari orang lain. Dia tak percaya dirinya sendiri lalu untuk mengatasinya, dia selalu mencuba untuk memikat seramai mungkin wanita untuk membuktikan bahawa dia tidak merasakan kekurangan yang dirasakannya Boleh diandaikan kebiasaan bertukar ganti pasangan itu dilakukan untuk membuatnya rasa lebih percaya diri dan membuktikan bahawa dirinya masih sehebat orang lain.

Demikianlah antara sebab sebabnya kenapa seseorang itu boleh berlaku curang namun jika dibahas alasan sebenar kenapa seseorang itu berlaku curang dengan pasangannya memang ada banyak faktor yang mempengaruhi. Yang pasti, seseorang yang curang itu biasanya memang ada sesuatu yang tidak betul dan tidak stabil dalam dirinya.

Semoga kita dapat di pertemukan dan memiliki pasangan yang setia. Berdoa dan berharap jangan sampai kita terluka kerana pasangan yang curang dan tak setia.

No comments:

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Setiap komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen berguna dan lakukan dengan ikhlas.


Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini kadangkala berasal dari berbagai sumber media lain. Hakcipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait, hubungi saya melalui menu contact di atas.